Topic

Hayati, jurutera wanita luar biasa 2 years 3 months ago #60


  • STEM Forum Newbie
  • STEM Forum Newbie

  • Posts: 10
  • Thank you received:

  • Gender: Unknown
  • Birthdate: Unknown
  • PROF Madya Ir Hayati Abdullah. - Foto Nik Hariff Hassan

    BERADA dalam bidang kerjaya yang didominasi lelaki tidak pernah membuatkannya berasa rendah diri atau terasing, malah menjadikan Profesor Madya Ir Hayati Abdullah, 53, semakin ingin berdaya saing untuk muncul sebagai seorang jurutera yang dianggap luar biasa.

    Menyedari profesion pilihannya jarang dikuasai golongan wanita, Hayati yang juga pensyarah kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, tahu meletakkan diri pada kedudukan sepatutnya untuk membolehkan beliau bersaing dalam kerjaya diceburi.

    Sebagai jurutera profesional, Hayati disifatkan sebagai model yang turut menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada jurutera wanita lain dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

    Pada masa sama, beliau juga menunjukkan kecemerlangan dalam bidang pengajaran kejuruteraan, selain banyak melakukan penyelidikan bersifat inovatif sehingga beliau dilantik sebagai pengarah di Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UTMLead.

    Keazaman dan kecemerlangan yang ditunjukkannya dalam bidang kejuruteraan di negara ini, memang selayaknya Hayati terpilih menerima Anugerah Jurutera Wanita 2015 Institut Jurutera Malaysia (IEM), baru-baru ini.

    Wanita kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini juga mencatat sejarah apabila menjadi jurutera wanita pertama yang dilantik mengetuai sebuah cawangan IEM yang mempunyai keahlian terbesar di negara ini dengan lebih 3,000 ahli.

    Berkongsi rahsia kejayaan, Hayati berkata, sebagai wanita berkerjaya dan ibu kepada dua anak, sokongan keluarga amat penting dalam memastikan kecemerlangan serta pencapaian terbaik dalam bidang yang diceburinya.

    Mengikut Hayati, beliau amat bertuah kerana mendapat sokongan keluarga dalam kesibukannya menjalankan tugas mengajar dan pada masa yang sama, menjadi perunding kejuruteraan dengan firma tempatan serta antarabangsa.

    "Saya tinggal berdekatan dengan ibu saudara yang banyak membantu menjaga anak ketika saya sibuk bekerja. Ini menyebabkan tidak timbul rasa risau untuk meninggalkan anak ketika saya keluar bekerja kerana saya mempunyai orang yang boleh dipercayai untuk menjaga mereka," katanya dalam pertemuan dengan BH FAMILI di ibu negara, baru-baru ini.

    Hayati berkata, walaupun kerjaya memaksa beliau berjauhan dan terpaksa tinggal berasingan dengan keluarga, ia tidak pernah menjadi halangan kepadanya, malah bukan menjadi alasan untuk beliau mengabaikan tanggungjawab terhadap anak.

    "Selama mengajar di UTM, saya berulang-alik dari Skudai ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu kerana anak dan suami ketika itu tinggal di ibu negara memandangkan anak saya enggan bertukar sekolah.

    "Tetapi saya tidak pernah terlepas hari-hari penting untuk bersama keluarga, termasuk ketika meraikan kejayaan anak dan kami sentiasa rapat," katanya yang akan memandu sendiri setiap kali perjalanan pergi balik antara Johor Baharu dengan Kuala Lumpur.

    Hayati berkata, beliau tidak pernah penat atau berasakan ia satu bebanan setiap kali perlu memandu pulang pada hujung minggu kerana menganggap ia adalah masa untuk bersendirian. Selain itu, ia juga dapat menenangkan fikiran dan menjadikan ruang yang ada untuk berfikir serta membuat pelbagai perancangan.

    "Malah saya pernah berulang-alik setiap minggu dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang selama setahun ketika ibu saya sedang sakit kira-kira tujuh tahun lalu.

    "Semua itu saya lakukan tanpa rasa seperti bebanan atau penat, sebaliknya ditempuhi dengan perasaan senang," katanya.

    Menceritakan permulaan kerjayanya, Hayati berkata, beliau pada awalnya meminati bidang perguruan selepas terpengaruh dengan cara mengajar yang disampaikan guru Bahasa Inggerisnya ketika menuntut di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.

    "Tetapi saya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Clemson, Amerika Syarikat menerusi biasiswa yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran.

    "Disebabkan itu, sekembalinya dari luar negara, saya perlu mengikuti latihan Sijil Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Teknik, Cheras untuk membolehkan saya menjadi pensyarah pelatih di Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada tahun 1985.

    "Semasa di universiti, saya amat tertarik dengan pengajaran pensyarah di sana kerana mereka bukan sekadar mengajar dari segi teori, tetapi mempunyai pengalaman dalam industri sendiri.

    "Perkara itu menjadi motivasi kepada saya untuk menjadi bukan saja seorang pensyarah yang berjaya melahirkan bakal jurutera, tetapi pada masa sama, seorang jurutera profesional yang bekerja di lapangan," katanya.

    Hayati berkata, sepanjang 30 tahun terbabit melatih bakal jurutera di peringkat ijazah pertama dan lanjutan, beliau sering kali memberi galakan dan motivasi terutama kepada pelajar perempuan untuk terus kekal dalam industri memandangkan pembabitan jurutera wanita di negara ini sekarang hanyalah sekitar 20 peratus.

    "Saya selalu ingatkan kepada mereka, jangan fokuskan diri bahawa anda berada dalam bidang yang dikuasai lelaki, sebaliknya berusaha untuk menjadi jurutera yang terbaik dan mampu berdaya saing.

    "Wanita sebenarnya mampu menjadi seorang jurutera yang terbaik dan luar biasa memandangkan mereka mempunyai sifat teliti dan sanggup berkorban," katanya.

    Kesungguhan Hayati untuk mengangkat jurutera wanita terbukti apabila beliau turut menubuhkan cawangan Jurutera Wanita IEM Wilayah Selatan (Johor & Singapura) selain mewujudkan Bahagian Jurutera Wanita Muda IEM Bagi Pelajar UTM.

    "Harapan saya suatu hari nanti ialah ada jurutera wanita yang bakal menerajui Institut Jurutera Malaysia pula," katanya yang juga Pengerusi Institut Jurutera Malaysia Cawangan Selatan (Johor & Singapura) .

    Masa berkualiti bersama keluarga

    Biarpun sentiasa sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, Hayati tidak pernah menjadikan itu sebagai alasan untuk mengabaikan keluarga, malah beliau menyifatkan dirinya sebagai amat mementingkan masa kualiti bersama anak-anak.

    Hasil perkahwinan dengan seorang jurutera elektrik pada tahun 1983, beliau dikurniakan dua anak iaitu Masyitah Mahdi, 29 dan Muhammad Hilmi Mahdi, 27.

    "Walaupun mereka sudah besar dan anak sulung sudah berkahwin, kami masih lagi rapat dan sentiasa mencari masa untuk menghabiskan masa bersama.

    "Mungkin orang lain pergi bercuti untuk menghabiskan masa bersama keluarga, tetapi saya lebih suka mengajak anak dan menantu masuk ke dapur untuk memasak bersama kerana dengan cara itu lebih banyak yang dapat kami lakukan dan bualkan bersama.

    "Dari ke pasar, memasak dan makan, semua kami lakukan bersama yang menyebabkan suasana di rumah kadangkala menjadi riuh rendah walaupun keluarga kami tidak besar," katanya yang juga gemar bermain boling.

    Hayati berkata, beliau juga memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk memilih bidang yang mereka minat.

    "Anak saya yang sulung kini adalah doktor perubatan di Hospital Ampang, Selangor, manakala Muhammad Hilmi adalah usahawan tani walaupun dia mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan awam.

    "Tetapi saya berbangga dengannya kerana selepas tiga tahun mengusahakan tanah pertanian di Bentong, Pahang, beliau terpilih menerima Anugerah Siswazah Tani bagi negeri Pahang pada tahun 2014 hasil kerja kerasnya yang mengusahakan tanaman cili dan terung untuk dibekalkan kepada sebuah rangkaian pasar raya besar di negara ini," katanya.


    BIODATA Profesor Madya Ir Hayati Abdullah

    Tarikh lahir: Ogos 1962

    Tempat lahir: Kepala Batas, Pulau Pinang

    Anak: Masyitah Mahdi, 29

    Muhammad Hilmi Mahdi, 27

    Pendidikan Rendah: Sek Ren Convent Butterworth, Pulau Pinang

    Pendidikan Menengah: Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.

    Pendidikan Tinggi: Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Universiti Clemson, South Carolina, Amerika Syarikat

    Sarjana Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia

    Anugerah: Anugerah Jurutera Wanita Institut Jurutera Malaysia (IEM) 2015

    Anugerah Akademik Negara 2010

    Anugerah Penasihat Akademik Terbaik Universiti Teknologi Malaysia 2008.

    Anugerah Pengajar Terbaik Universiti Teknologi Malaysia 2005

    SUMBER: Berita Harian. www.bharian.com.my/node/62783


    ULASAN
    Melalui artikel berkenaan tokoh jurutera wanita di atas, kita dapat melihat bahawa seorang wanita boleh mempelopori bidang sains dan teknologi.
    Ini terbukti lagi apabila beliau menubuhkan cawangan Jurutera Wanita IEM Wilayah Selatan (Johor & Singapura) selain mewujudkan Bahagian Jurutera Wanita Muda IEM Bagi Pelajar UTM. Bahkan setiap sumbangan dan kemahiran beliau dalam bidang kejuruteraan mekanikal mendapat pengiktirafan daripada badan tertentu seperti: Anugerah Jurutera Wanita 2015 Institut Jurutera Malaysia (IEM).

    Menariknya disini, walaupun pernah bertanggungjawab mengetuai sebuah cawangan IEM yang mempunyai keahlian terbesar di negara ini dengan lebih 3,000 ahli, beliau tetap berjaya melaksanakan tanggunjawab sebagai ibu dimana anak sulungnya sekarang merupakan seorang doktor disalah sebuah hospital di Malaysia dan tidak pernah terlepas meraikan hari hari penting bersama keluarga.

    Melalui kejayaan tokoh diatas dapat disimpulkan bahawa bidang sains dan teknologi bukanlah satu bidang untuk jantina tertentu.

    Please Log in or Create an account to join the conversation.

    Last edit: Post by aejart.

    Hayati, jurutera wanita luar biasa 2 years 1 month ago #76


  • STEM Forum Newbie
  • STEM Forum Newbie

  • Posts: 9
  • Thank you received:

  • Gender: Unknown
  • Birthdate: Unknown
  • bukan kaleng2 nih

    Please Log in or Create an account to join the conversation.

    Hayati, jurutera wanita luar biasa 2 years 1 month ago #80


  • STEM Forum Newbie
  • STEM Forum Newbie

  • Posts: 9
  • Thank you received:

  • Gender: Unknown
  • Birthdate: Unknown
  • Kebanyakan perempuan masih kena oppressed untuk bekerja terutama di negara negara yang belum membangun! We still have a long journey to go in realizing the society of how potentially equipped the girls out there. Kejuruteraan bukan hanya untuk lelaki sama seperti nurse bukan hanya untuk perempuan. World is evolving and we need to accept every possible existence!

    Please Log in or Create an account to join the conversation.

    Hayati, jurutera wanita luar biasa 2 years 1 month ago #81


  • STEM Forum Newbie
  • STEM Forum Newbie

  • Posts: 9
  • Thank you received: 1

  • Gender: Unknown
  • Birthdate: Unknown
  • Kita mesti meghapuskan streotype terhadap perempuan.
    #ChangeStartWithUS
    The following user(s) said Thank You: Subathraa

    Please Log in or Create an account to join the conversation.

    Hayati, jurutera wanita luar biasa 2 years 1 month ago #86


  • STEM Forum Newbie
  • STEM Forum Newbie

  • Posts: 12
  • Thank you received: 1

  • Gender: Unknown
  • Birthdate: Unknown
  • Betul tu

    Please Log in or Create an account to join the conversation.

    Hayati, jurutera wanita luar biasa 2 years 1 month ago #105


  • STEM Forum Newbie
  • STEM Forum Newbie

  • Posts: 10
  • Thank you received:

  • Gender: Unknown
  • Birthdate: Unknown
  • Pada pendapat saya wanita zaman sekarang adalah lebih independent dan multitasking.
    Boleh dikatakan mereka capable untuk melakukan pekerjaan yang dilakukan lelaki kecuali kerja2 fizikal yang melampau...

    Please Log in or Create an account to join the conversation.

    Time to create page: 0.195 seconds