Welcome, Guest
Username: Password: Remember me
  • Page:
  • 1

TOPIC: Guna Smartphone sebagai Data Logger untuk Mempelajari Fenomena Sains (Fizik)

Guna Smartphone sebagai Data Logger untuk Mempelajari Fenomena Sains (Fizik) 2 months 1 week ago #64

Pernahkah anda menyaksikan video pelancaran roket? Mungkin anda pernah melihatnya dalam video rancangan dokumentari Sains seperti National Geographic, Discovery Channel dan sebagainya.



Sangat menakjubkan, bukan? Malahan, anda juga akan ditunjukkan sendiri bagaimana pasukan Saintis tersebut melakukan pengawasan proses pelancaran tersebut daripada Bumi. Keadaan di mana semua pegawai dan saintis berdebar-debar mengira “Countdown” untuk berlepas.
Ada pula di situ, skrin-skrin gergasi yang memaparkan visual terkini secara “live” pelancaran tersebut.



Namun, pernahkan anda terfikir bagaimana sebenarnya para saintis tersebut mengawasi segala macam data pergerakan dan status pelancaran roket dari bilik yang penuh dengan skrin itu.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya terdapat sejenis teknologi yang digunakan untuk mendapatakan data pergerakan dan status pelancaran tersebut, bahkan data yang diperoleh adalah dalam bentuk masa-nyata (Real Time). Oleh itu ianya juga disebut sebagai "Real time Data".

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Last edit: by courage.

Guna Smartphone sebagai Data Logger untuk Mempelajari Fenomena Sains (Fizik) 2 months 1 week ago #65

“Real Time Data”
Menggunakan “real time data” mereka boleh mengawasi segala gerakan dan proses yang berlaku dalam roket tersebut.



Live data sangat berguna untuk mendapatkan data yang terkini daripada sesuatu kejadian. Hal ini adalah kerana dengan menggunakan data terkini, tindak balas kepada sesuatu kejadian akan dapat diberikan dengan lebih pantas. Dalam contoh di atas, sebagai contoh, sekiranya roket tersebut memaparkan suhu sekarang yang terlalu tinggi, maka pasukan Saintis tersebut bolehlah bertindak untuk menurunkan suhu sebelum berlaku kebakaran.

Bagaimana Real-time data didapatkan?
Menggunakan alat peranti seperti real-time data logger, data terkini akan dapat direkodkan. Malahan, telah banyak data logger yang boleh memaparkan data terkini di skrin untuk tujuan analisa pantas.

Data logger merupakan sebuah alat yang mempunyai sensor tertentu yang boleh mengesan perubahan nilai Fizikal seperti suhu, tekanan udara, gelombang magnetik dan sebagainya.

Malahan, data logger boleh mempunyai pelbagai sensor dalam satu peranti sahaja.

Contoh terdekat sebuah data logger, yang kita sering gunakan dalam kehidupan harian kita tidak lain dan tidak bukan, iaitulah telefon bimbit kita.



Telefon pintar atau Smartphone merupakan alat yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa kita sedar, smartphone juga merupakan sebuah data logger yang mempunyai pelbagai jenis sensor dalam satu peranti.

Antara sensor yang terdapat dalam sebuah smartphone adalah:
1) Suhu - sensor suhu untuk mengesan suhu bateri
2) Tekanan udara
3) Accelerometer - untuk menentukan halaju dan pergerakan smartphone
4) Magnetic sensor - untuk mengesan medan magnet.
5) Latitude dan longitude - menentukan kedudukan di muka bumi
6) Gyrosensor - Menentukan adakah smartphone berputar (sudut)
7) dan lain-lain...

Wah..begitu banyak sensor dalam sebuah smartphone, bukan?

Hubungan Sensor Smartphone dan Pembelajaran Sains Fizik
Tahukah anda, sebenarnya, anda boleh menggunakan sensor-sensor tersebut untuk menjalankan eksperimen Fizik. Ini adalah kerana, sensor dari smartphone tersebut boleh di-activatekan oleh pengguna menggunakan Apps-apps tertentu untuk tujuan kajian. Ada banyak Apps yang terdapat di Google Play Store atau Iphone Apps Store yang boleh dimuatturun untuk membolehkan sensor-sensor itu digunakan.

Kenapa Guna Apps?
Kita perlu menggunakan Apps tertentu kerana dalam Smartphone, agak sukar untuk kita mendapatkan data tersebut secara tersusun dan dalam bentuk yang kita inginkan. Yang ada biasa didapati hanyalah data dalam bentuk "Raw" atau data mentah yang hanya digunakan oleh CPU Smartphone untuk tujuan fungsi-fungsi smartphone itu sendiri sahaja. Jadi, kita perlukan Apps yang tertentu untuk membolehkan data tersebut mudah ditunjukkan dalam bentuk yang kita boleh fahami.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Guna Smartphone sebagai Data Logger untuk Mempelajari Fenomena Sains (Fizik) 2 months 1 week ago #66

Contoh-contoh Apps yang boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran

Physics Toolbox Sensor Suite



Apps ni sangat sesuai untuk mereka yang mahu menggunakan Smarphone sebagai Data Logger kerana ianya mempunyai pelbagai jenis data simulator yang diambil daripada sensor sedia ada smartphone.

Anda juga boleh layari laman web developer Apss ini di vieyrasoftware[dot]net. Di laman web ini, terdapat juga beberapa contoh Lesson plan yang boleh drujuk oleh anda terutama yang dalam kalangan guru dan pelajar subjek Fizik, yang menunjukkan contoh cara menjalankan eskperimen Fizik menggunakan Apps ini.



Gambar di atas menunjukkan antara jenis-jenis data yang boleh didapati melalui Apps ini.

Phynphox Physical Phone Experiment

Selain Physics Toolbox Sensor Suite, Phynphox juga boleh digunakan. Seperti Physics Toolbox, anda juga boleh melayari laman web developer Apps di: phyphox[dot]org

Di laman web ini juga, terdapat banyak contoh-contoh pembelajaran eksperimen Fizik yang boleh digunakan bersama dengan Apps Phynphox.



Gambar di atas menunjukkan contoh simulasi data yang dijalankan di Apps Phynphox.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Last edit: by courage.

Guna Smartphone sebagai Data Logger untuk Mempelajari Fenomena Sains (Fizik) 2 months 1 week ago #67

Akhir Kata
Saya berharap perkongsian saya ini dapat memberikan sedikit panduan kepada para guru dan pelajar terutamanya yang mengambil subjek Fizik di sekolah. Pendapat saya, Apps yang saya kongsikan ini sudah tentu bukan bermaksud menggantikan apa yang anda pelajari di sekolah, bahkan Apps ini hanyalah sebagai alat bantu belajar yang membolehkan para pelajar dan guru meneroka lebih banyak eksperimen-eksperimen Sains terutamanya Fizik secara lebih Hands-on.

Hal ini adalah kerana, di dunia yang sebenar, teknologi seperti data logger ini banyak digunakan. Data yang boleh didapati dengan menggunakan data logger bukan sahaja cepat dan mudah, malah ianya menjimatkan kos tanpa perlu membahayakan pengguna apabila mengambil data. Dalam bidang kejuruteraan, banyak kegunaan data logger, dan saya merujuk kepada Kejuruteraan Perubatan, Pembuatan, Mekanikal, Tenaga, Alam Sekitar, Aeroangkasa, dan sebagainya yang menggunakan data sebagai teras bidang tersebut.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.250 seconds