Welcome, Guest
Username: Password: Remember me
  • Page:
  • 1

TOPIC: PhET Interactive Simulations for STEM Subjects

PhET Interactive Simulations for STEM Subjects 3 months 3 days ago #47

Salam semua,

Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan guru STEM berkenaan dengan satu portal yang sangat menarik. Portal ini dapat membantu guru untuk menunjukkan proses dan fenomena Sains secara lebih jelas melalui simulasi visual di portal ini.

Untuk permulaan, anda boleh rujuk di link ini:
phet.colorado.edu/

Pengajaran Konvevnsional
Seharusnya setiap guru yang mengajar subjek-subjek STEM akan menghadapi keadaan di mana anda perlu menerangkan konsep-konsep Saintifik kepada pelajar. Sebagai contoh, subjek Fizik, anda perlu menerangkan konsep magnetik, tekanan udara, cahaya dan gelombang kepada mereka.

Sudah semestinya antara cabaran apabila anda ingin menerangkan konsep-konsep abstrak tersebut, adalah fenomena tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Jadi, biasanya anda akan menggunakan lakaran di papan hitam untuk menggambarkan konsep tersebut.

Namun, lukisan di atas papan hitam tersebut mungkin juga masih sukar untuk dibayangkan oleh sesetengah anak murid.

Ini adalah kerana lukisan tersebut adalah STATIK

Penggunaan PhET

Dalam portal PhET ini, para guru boleh mendapati terdapat banyak koleksi bantuan visual terutamanya dalam subjek Fizik dan Kimia yang boleh digunakan untuk menerangkan konsep abstrak Saintifik.

Hal ini adalah kerana, visual-visual yang didapati dalam portal ini adlaah bersifat "dinamik" dan "boleh bergerak."

Saya pasti, dengan adanya bantuan visual seperti ini, para guru boleh menarik minat para pelajar untuk memberikan perhatian kepada konsep Saintifik yang diterangkan.

Malahan, visual-visual simulasi yang dipaparkan juga ada yang boleh ditukarkan nilai simulasinya seperti menukar nilai pemboleh ubah dan nilai malar untuk menghasilkan nilai tindak balas.

Subjek-subjek STEM yang berkaitan

Saya juga ingin kongsikan di sini beberapa subjek STEM yang boleh dirujuk menggunakan portal ini. Antaranya adalah:
  • Fizik
  • Biology
  • Sains Bumi
  • Matematik
  • Kimia

Latar Belakang PhET
Untuk pengetahuan guru-guru, sebenarnya PhET (PhET Interactive Simulations) ini merupakan projek di University of Colorado. Ini merupakan projek "non-profit" mereka yang telah dimulakan pada tahun 2002 oleh Carl Wieman (Pemenang Nobel Laurete).

Ianya bermula dengan tujuan untuk menambahbaik pengajaran Sains menggunakan teknologi interaktif.
Malahan singkatan PhE adalah berasal daripada "Physics Education Technology". Pada asalnya juga, ianya hanya berfokus dalam bidang Fizik, dan sekarang telah bertambah di bidang-bidang lain pula seperti Kimia dan Biology.

Contoh-contoh Simulasi
Menguji Litar DC
Projectile Motion
Hooke's Law
\

Sekian, terima kasih.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Last edit: by courage.
  • Page:
  • 1
Time to create page: 0.255 seconds